Thursday, January 18, 2018

Freegift Karekter Kartun Chibi Muslim




Chibi Muslim

Assalamualaikum w.b.t!

Dah bersawang dan berspiderman dah blog ni lama sangat admin tak update. Maklumlah.. anak dah masuk tiga orang ni banyak bendalah terkejar-kejar dan sering sibuk dengan tugasan harian. Kat sini admin berbesar hati untuk hadiahkan anda semua dengan freegift vector art yang baru sahaja admin siapkan 5 minit lepas. Fresh from oven bak kata Pharell celup.  Admin bagi free gift ni sempena hari Jumaat yang mulia ni. Moga-moga bermanfaat untuk kepada yang memerlukan. Mungkin ada di kalangan kalian yang perlukan kartun comel macam ni untuk poster islamik ke.. kan? Manalah tahu.. Sebar-sebar dan share lah dengan yang lain. File format dalam bentuk PNG (web & print). Saiz yang lebih besar tu untuk printing ya. Harap maklong. Kalau ada yang berminat nak beli master file dalam bentuk vector atau membuat tempahan kartun lain (untuk merchandising, keychain, kad kahwin dsbg) boleh hubungi admin melalui WhatsApp dan Facebook ya?

LINK DOWNLOAD ---------> https://drive.google.com/drive/folders/1pYLp8rArfNUJKbUc2Sr1QJWFwEccpQkY?usp=sharing

Jazakumullah khairan katheera.